Thursday, September 17, 2009

MISI ANGKASAWAN NEGARA PENCETUS SEMANGAT BELIA

Mukadimah...
Pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama Malaysia.
Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 yang lalu.Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35 tahun terpilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas. Tahniah kepada Malaysia kerana sudah mampu mencatat sejarah menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa. Tahniah Malaysia!
Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau juga diikuti bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.
Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia.
Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri.Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru berpandu atau roket nuklear.

Peranan Angkasawan Negara dalam memotivasikan belia.
Sekembalinya angkswan ke tanah air, beliau sebenarnya memikul pelbagai tanggungjawab yang berat. Salah satu tanggungjawab beliau adalah untuk menanam semangat dalam diri belia dan pelajar. Kali ini kami akan mengupas beberapa peranan angkasawan dalam miningkatkan semangat belia. Pertama, angkasawan berperanan untuk memberi motivasi kepada remaja dan pelajar sekolah. Sebemnarnya, tanpa kita sedari, ceramah atau motivasi yang disampaikan oleh seseorang yang berjaya dan menjadi kebanggaan Malaysia boleh mengubah cara pemikiran dan kelakuan seseorang. Tambahan pula, remaja atau pelajar ini menyimpan kasrat buntuk menjadi seperti beliau pada masa akan datang.
Pada masa sekarang, kita dapati remaja atau pelajar lebih cenderung menerokai bidang yang tidak melibatkan sains. Cuba kita lihat keadaan sekarang, remaja lebih gemar menceburi bidang seni seperti bidang muzik, seni lukis dan sebagainya. Jadi, pada pendapat kami, angkasawan berperanan mempengaruhi remaja atau pelajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sains. Oleh itu, angkasawan memainkan peranan yang penting dalam menyuntik semangat mereka untuk menerokai ilmu sains dengan lebih mendalam.
Semestinya, angkasawan menjadi kebangaan rakyat Malaysia dan sekaligus akan menjadi idola kepada belia atau pelajar. Dengan menjadi idola kepada mereka, beliau sebenarnya membawa imej yang baik kepada mereka. Sekaligus beliau berperana membawa imej yang baik, bukan sahaja pada rakyat Malaysia tapi juga dimata dunia.

Cabaran bagi merialisasikan misi angkasawan.
Antara cabaran yang perlu di tempuhi bagi merialisasikan misi angkasawan ialah keadaan struktur ekonomi yang tidak menentu dan mencabar pada waktu kini. Ini boleh dilihat bahawa pihak kerajaan terpaksa mengawal pengeluaran bajet dan peruntukan bagi setiap kementerian. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada program penghantaran angkasawan kerana ia memerlukan dana yang besar bagi menampung pembiayaan kos penghantaran dan latihan ke luar negara yang kini di bawah Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
Selain itu, pendedahan yang kurang terhadap belia tentang bidang astronomi merupakan salah satu cabaran utama bagi merialisasikan misi angkasawan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu menekankan aspek pembelajaran sains dan teknologi bagi peringkat sekolah dan universiti. Ini penting kerana ia dapat mendedahkan kepada belia betapa pentingnya ilmu sains dan teknologi angkasa serta pihak universiti perlu menyediakan kursus dalam bidang Sains angkasa(Eurospace) bagi menarik belia merialisasikan misi ini.
Di samping itu, Badan Bukan Kerajaan(NGO) perlulah melakukan kempen yang berterusan bagi menyedarkan kepada belia dengan menyertai program-program yang berkaitan dengan angkasawan. Ini dapat di lihat bahawa kurangnya kempen yang di lakukan dan tidak mendapat sambutan di kalangan belia kerana ia dibuat sekadar hangat-hangat tahi ayam serta di lakukan secara bermusim. Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bertanggungjawab bagi merialisasikan misi angkasawan bagi kepentingan generasi akan datang.


KEJAYAAN MISI ANGKASAWAN KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA.
Dr. Sheikh Muzaffar telah mencipta sejarah Malaysia dengan menjadi angkasawan yang pertama di negara kita. Kejayaan beliau telah membanggakan ssemua rakyat Malaysia. “ sapa kata orang kita tak boleh jadi angkasawan macam orang amaerika?” kejayaa yang dicapai telah mendapat pujian ramai pihak termasuk Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi. menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Kong Cho Ha dan 280 pelajar sekolah.
Kejayaan ini telah mendapat pujian dari ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian belia. Ketika imej Sheikh Muszaphar yang berada dalam Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer sejam terpapar di skrin televisyen, rakyat Malaysia bersorak kegembiraan kerana perjalanan angkasawan itu dianggap sebagai simbol kehebatan baru bangsa. Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome

Dengan berhasilnya Pemerintah Malaysia menghantar Dr. Muszhapar sebagai space tourist, banyak warga Malaysia terutamanya anak-anak muda dan pelajar Malaysia sekarang bermimpi untuk menjadi angkasawan sepertinya. Berikut adalah pungutan suara-suara rakyat tentang projek angkasawan tersebut;
Suara Rakyat 1 : Tahniah kepada Syeikh Muzzafar kerana berjaya menjadi rakyat Malaysia yang ke-2 naik ke angkasa lepas. Syabas, kita beruntung menjadi rakyat Malaysia dan orang yang paling beruntung ialah Ayah PIN kerana dialah yang 1st naik ke angkasa, siap ada kerajaan langit lagi engkau.
Suara Rakyat 2 : Muszhapar is my IDOL!! I want to be like him! Kepada Sheikh Muzaffar itu, tahniahlah - buat susah-susah bawa nama Malaysia. Membuatkan bukan setakat pelajar-pelajar sekolah jer, awek-awek dan kakak-kakak office ramai jatuh hati. Kira dia sure glamour habis punyalah & jadi idola pelajar-pelajar sekolah yang masing-masing nak jadi terkenal pergi ke angkasa.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus menjadikan kejayaan ini sebagai satu pembakar semangat kepada kita untuk menghasilkan kejayaan seperti ini dikalangan belia kita. Kita harus bangga menjadi rakyat Malaysia
P/S: “kalaula aku diberi peluang jadi angkasawan kan best, mm dapat membanggakan Malaysia kan??” hidup MALAYSIA!




PERANAN KERAJAAN & SWASTA DALAM MENYEIMBANGKAN PERJALANAN MAKLUMAT...

Peranan kerajaan
Dalam era globalisasi, teknologi berkembang dengan pantas. Sehubungan itu, kepentingan teknologi maklumat amat penting kepada negara, masyarakat dan khususnya para pelajar dalam konteks penjanaan ilmu pengetahuan. Teknologi ini bukan sahaja dapat menjana pengetahuan kita, malah dapat memberi maklumat yang berguna dan bermanfaat dalam hidup kita. Dengan adanya teknologi ini juga, dapat memberi bahana kepada kita. Justeru, terdapat kebaikan dan keburukan yang terdapat sekiranya kita menggunakan teknologi maklumat ini dalam kehidupan seharian.
Dewasa ini, teknologi maklumat amat berguna kepada kita semua. Dengan adanya teknologi juga dapat memudahkan kerja kita dalam waktu yang pantas. Bukan sahaja dari segi menjana ilmu bahkan juga dalam penyebaran maklumat dalam masa yang pantas. Penyampaian maklumat dari pihak kerajaan dapat bermanfaat kerana dengan adanya teknologi, rakyat khususnya dapat menyelesaikan segala urusan yang melibatkan kerajaan dalam waktu yang pantas. Dahulunya, agak sukar untuk berurusan dengan kerajaan disebabkan segala urusan secara manual tetapi dengan adanya teknologi kita dapat berurusan secara online. Urusan yang dulunya, memakan masa berminggu malah ada yang mengangkau bulan. Tetapi, dengan adanya teknologi kita dapat berurusan dalam masa beberapa hari dan yang terpantas beberapa saat sahaja. Penjanaan maklumat juga lebih mudah, ringksa dan cepat.
Selain itu, pengawalan dari segi blog yang menyimpang dari sistem pemerintahan kita juga akan disekat. Sekiranya terdapat penghinaan dan sesuatu yang bercanggah dengan pemerintahan negara juga akan diberi hukuman yang setimpal. Misalnya, penulis blog Raja Petra yang menghina pemerintahan negara dimana beliau telah dihukum penjara. Ini kerana sekiranya rakyat asing membaca artikal tersebut akan berlaku salah faham terhadap negara kita. Ini boleh mengundang huru hara dan kacau bilau yang boleh menjejaskan reputasi negara. Malah, blog sedemikian juga boleh membuatkan pelabur takut dan tidak percaya dengan pemerintahan negara kita.
Wacananya, walauapapun yang berlaku kesan tindakan pasti akan berlaku. Justru, kita sebagai rakyat malaysia perlu bersatu. Apa yang berlaku ini juga menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kita agak lemah. Terdapat tindakan yang diambil tetapi kuasa yang ada seolah-olah tidak bermakna dan tidak mendatangkan kesan pada penjenayah khususnya. Keadaan ini seperti ”mencurah air ke daun keladi”..
Selain itu, tiada pemantauan yang berkesan dan drastik diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Setiap kesalahan hanya diberi denda dan dilepaskan dengan begitu sahaja. Keadaan ini bukan dapat membendung sesuatu yang berlaku malah boleh mendatangkan lagi kesan buruk kepada semua.
Secara implikasinya, teknologi maklumat ini juga bukan sahaja mendatangkan kebaikan malah keburukan. Walaupun kerajaan berkuasa penuh dalam sistem pemerintahan negara tetapi kerajaan masih lagi tidak dapat membendung penyalahgunaan teknologi maklumat. Kini, gambar ponografi, blog berunsur fitinah, penyalahgunaan maklumat dan lain-lain lagi tidak dapat dikawal malah dibendung secara seriusnya. Jadi, dimanakah peranan kerajaan dalam menjana maklumat yang berfaedah kepada rakyat? Bukan sekadar ”melepaskan batuk ditangga”.. Jadi, bagaimana kita nak membentuk generasi muda masa kini dan tungak harapan negara jika masalah mudah seperti ini tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan? Jangan hanya menyalahkan pembangkang sahaja dalam menyampaikan misi mereka sekiranya kerajaan hanya mampu berkata-kata dari bertindak...

Langkah-langkah...
Terdapat banyak langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membantu belia sekarang untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh sewaktu pemerintahan Tun Dr. Mahathir iaitu perdana menteri Malaysia keempat telah menubuhkan sebuah pusat multimedia. Pusat multimedia tersebut dikenali sebagai Multimedia Super Coridor bagi membantu serta bersaing dengan dunia maju dalam penyebaran maklumat. Selain itu kerajaan juga mula menyerapkan penggunaan komputer di sekolah bagi membantu pelajar melakukan kerja dengan mudah dan menggunakan teknologi yang ada. Dengan usaha tersebut dapat membantu pelajar melangkah keduni belia dengan lebih mudah dalam menggunakan kemudahan teknologi. Kerajaan juga banyak memainkan peranan dalam memberi latihan kepada belia dalam cara untuk penggunaan teknologi untuk menyebarkan maklumat. Sebagi contoh dimana syarikat Las’copque telah menerima bantuan dari kerajaan dalam membuat iklan berunsurkan kempen serta membantu mereka dalam membuat filem.

Peranan sektor swasta dalam penyampaian maklumat kepada umum.
Sektor swasta merupakan sektor yang penting dan menjadi tulang belakang terhadap kemajuan masyarakat dan pihak berkepentingan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin melancarkan penyaluran maklumat. Sebagai contoh kerajaan yang di bantu oleh sektor swasta telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagan (PEMUDAH), pasukan ini, yang terdiri daripada wakil sektor swasta dan awam menumpukan kepada aspek-aspek yang dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta menambah baik daya saing negara. antara peranan PEMUDAH ialah:-
•Memendekkan tempoh pembayaran balik cukai pendapatan dari enam bulan ke 14 hingga 30 hari bagi penghantaran menerusi sistem e-filing.
•Meluluskan pendaftaran perniagaan baru dengan serta merta berbanding tiga hari sebelum ini.
•Mempercepatkan tempoh kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar dari 3 bulan ke 5 minggu.

Penglibatan secara langsung sektor swasta dalam PEMUDAH telah membolehkan penyelesaian dan penambahbaikan sistem penyampaian yang lebih berkesan. Antara cadangan yang dikemukakan oleh PEMUDAH ialah langkah untuk mempercepatkan urusan pindah milik hartanah. Selaras dengan cadangan ini, saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2008, taksiran duti setem boleh dibuat berdasarkan penilaian pihak swasta. Dengan ini, proses pindah milik boleh diteruskan sementara menunggu penilaian muktamad Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.PEMUDAH juga sedang mengkaji prosedur pengeluaran lesen dan permit perniagaan dengan tujuan untuk mengurangkan bilangannya dan memendekkan tempoh pemprosesan melalui ICT. Usaha ini akan bermula dengan lesen serta permit bagi sektor pembuatan dan perhotelan. Selain itu, bilangan borang yang digunakan oleh jabatan kerajaan akan dikurangkan. Sebagai langkah permulaan, Jabatan Kastam akan menggabungkan 16 borang kastam kepada empat borang berkuatkuasa 1 Januari 2008.
Penglibatan sektor swasta dalam pelaksanaan Sistem Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) telah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dalam perkara ini, Kerajaan telah menggunakan prinsip akauntabiliti dan saling mempercayai bagi mengiktiraf sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh profesional swasta. Memandangkan tanggung jawab lebih besar golongan profesional, dan bagi melindungi kepentingan pengguna, Kerajaan mencadangkan potongan cukai diberikan ke atas premium insurans indemniti profesional.
Bila kita membincangkan mengenai penyaluran maklumat, ia tidak semestinya melalui saluran konvensional seperti surat dan lain-lain, ia juga berkaitan penggunaan teknologi dalam penyaluran maklumat. Sebagai contoh melalui internet dengan menggunakan medium seperti tagged, myspace, friendster dan lain-lain lagi.
langkah-langkah...
*saluran televisyen swasta seperti Media Prima perlu mengeluarkan rancangan
informasi dengan kadar yang lebih banyak
*Syarikat-syarikat koprat di bawah dasar penswastaan seperti TM, Tenaga Nasional
Berhad harus bersama kerajaan dalam penyampaian maklumat kerajaan secara telus
kepada masyarakat.

Thursday, September 10, 2009

EKSPLOITASI TEKNOLOGI PERTANIAN MENJANA PENDAPATAN BELIA..

PENGENALAN APAKAH TEKNOLOGI-TEKNOLOGI YANG ADA DALAM BIDANG PERTANIAN..

Belia dan pertanian..gandingan yang ideal…

Sektor pertanian merupakan penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. sektor ini memainkan peranan yang amat penting untuk mengukur perolehan sumber makanan antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara memberi peringatan betapa pentingnya industri pertanian menjana pelbagai sub-industri lain seperti makanan. Sektor ini sentiasa mengalami evolusi dari zaman pra merdeka sehingga pasca merdeka. Pada zaman dahulu, pertanian digambarkan sebagai satu kerja yang kotor, “lekeh”, kelas bawahan dan lain-lain lagi. Namun jika difikirkan kembali, tanpa pengusaha yang kita anggap “lekeh” ini, kita tidak akan dapat menikmati kesegaran sayur yang telah ditanam oleh mereka. Konsep pertanian adalah perniagaan yang di uar-uarkan oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menggalakan penglibatan masyarakat negara ini dalam sektor pertanian yang di lihat sekarang mengalami zaman-zaman malap. Fokus dasar ini adalah menekankan kepada penglibatan pihak belia untuk menjadi usahawan muda. Seperti kita sedia maklum, golongan belia pada zaman sekarang lebih senang untuk bekerja dalam sektor "kolar putih” di pejabat-pejabat dan kilang-kilang serta gemar bekerja makan gaji sahaja. Fenomena ini sering berlaku terutamnya kepada golongan siswazah. Di dalam benak fikiran mereka, terdapat satu pegangan di mana “bila aku habis belajar, aku nak keja besar-besar, duk dalam pejabat yang ada aircond”.Mentaliti seperti ini harus dihapuskan daripada pemikiran mereka. Hali ini kerana, pertanian pada zaman sekarang bukanlah seperti apa yang kita bayangkan pada 50 tahun yang lalu dimana semua aktiviti pertanian dilakukan secara manual. Pada zaman sekarang pelbagai teknologi pertanian telah wujud seperti jentera-jentera dan peralatan canggih yang lain. Perkembangan sihat ini membantu pengusaha pertanian untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran dengan skala yang lebih besar. Selain itu, kementerian belia dan sukan pada tahun 2008 yang lalu telah mengumumkan dana pembiayaan sebanyak lebih RM 20 juta kepada golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dan pemakanan. So beb! what are you waiting for?? Ni kan peluang untuk kita menjadi usahawan yang berjaya. Percaya le beb, pertanian ni boleh dapat income giler2 masyuk punyer…x percaya cuba la tengok usahawan muda pertanian yang ada kat negara kita skang, income depa dekat RM 10 sebulan…

AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN TEKNOLOGI PERTANIAN..

Peranan agensi dalam teknologi pertanian

Zaman serba moden ini, tidak mustahil jika pertanian juga melibatkan teknologi. Lihat sahaja perubahan yang berlaku pada abad ini. Pelbagai teknologi di dalam bidang pertanian di perkenalkan oleh kerajaan. Tujuan kerajaan menggalakan teknologi dalam pertanian adalah untuk menerajui bidang pertanian dengan lebih efisyen. Pelbagai jabatan atau badan yang wujud di Malaysia bagi membantu masyarakat terutama belia melibatkan diri dalam bidang ini. Antara agensi yang terlibat adalah seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan banyak lagi.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA yang ditubuhkan pada tahun 1965 merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Fungsi FAMA adalah untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian, memperbaiki sistem pemasaran, memperluaskan pasaran hasil-hasil pertanian di Malaysia dan mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan. Antara hasil pertanian dibawah bidang FAMA adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran, herba, ternakan dan akuakultur.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau di Malaysia lebih dikenali sebagai MARDI telah ditubuhkan pada tahun 28 Oktober 1969 dibawah akta MARDI 1969 tetapi agensi ini telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. Objektif utama penubuhan ini adalah untuk menjana dan mempromosi teknologi baru yang wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan asas tani di Malaysia. Antara peranan MARDI ialah seperti menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan tanaman kecuali getah, kelapa sawit dan koko. Ia juga berperanan sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat. Selain itu, MARDI juga berperanan memberi nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi berkaitan dengan industri makanan, pertanian dan asas tani di Malaysia. MARDI juga menjalankan penyelidikan dan pengeluaran yang berbentuk komersil.
LEMBAGA INDUSRTI NENAS MALAYSIA merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenalinya sebagai Lembaga Perusahaan Nenas Tanah Melayu dan telah ditukarkan nama kepada Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia ( Akta 105- semakan 1990 ) oleh kementerian Perusahaan Utama. Agensi ini berfungsi membiayai program-program agromoni dan penyelidikan berkaitan dengan nenas. Malah, agensi ini berupaya untuk mengawal mutu nenas, harga nenas dan apa sahaja yang berkaitan dengan nenas agensi ini sedia membantu.

Jabatan Pertanian adalah satu badan yang menjaga dan memantau aktiviti pertanian. Malah agensi ini menjalankan penyelidikan pertanian ke atas sumber pertanian dan cuba menbuat inovasi dari semasa ke semasa. Mengawal kualiti pertanian dari semasa ke semasa agar sumber pertanian berkembang dari semasa ke semasa bukan sekadar teknologi sahaja yang berkembang malah pertanian juga berkembang.

Agensi yang ada berperanan untuk memantau aktiviti pertanian dan menyelaraskannya. Walauapapun, nama agensi yang wujud fungsi dan matlamatnya tetap sama untuk pastikan pertanian menjadi sumber utama rakyat malaysia. Dengan wujudnya teknologi yang serba canggih dapat membantu petani kita dengan memberi inovasi dan memudahkan lagi penglibatan petani di dalam sektor pertanian ini. Malah, di dalam wawasan 2020 juga menyarankan agar rakyat malaysia berkecimpung di dalam bidang ini dan menjadikan sumber utama di dalam mencari sumber pendapatan rakyat dan negara sekaligus.


LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN BELIA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PERTANIAN UNTUK MENJANA PEKERJAAN DALAM USAHA MENGURANGKAN KADAR PENGANGGURAN..
Dalam kegawatan ekonomi sekarang banyak pengangguran telah yang berlaku seperti perberhentian kerja serta tiada jawatan kepada belia sekarang. Seperti kita sedia maklum, pembangunan dan pemodenan sektor pertanian kini dilihat semakin rancak kerana keutamaan dan tumpuan yang diberikan secara khusus oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi ditambah dengan pengisytiharan Malaysia sebagai hub halal serantau dan global, maka pengeluaran makanan halal merupakan sektor yang paling berpotensi untuk dikembangkan masa kini.Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu belia bagi mengatasi masalah tersebut.

Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan menjadi usahawan seperti membuka perniagaan mengikut pengalaman dan keupayan atau kebolehan yang dimiliki. Selain itu juga terdapat banyak cara yang boleh di sertai dengan mengikut program kerajaan dimana menggalakkan belia untuk bertani sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan telah menubuhkan kelab rakan muda di kampung serta memyediakan dana sebanyak 20 juta ringgit kepada belia yang ingin menceburi bidang pertanian. Di samping itu, bajet turut mempunyai peruntukan lain membabitkan belia secara lebih signifikan. Contohnya, syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 50 peratus daripada dana pelaburannya dalam pembiayaan modal teroka. Seperti di Seremban Lembaga Pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) telah meluaskan lagi sokongan dan bantuan kepada usahawan pertanian dan industri asas tani dengan mewujudkan premis tetap dikenali sebagai K-Shoppe sebagai strategi pemasaran bersepadu untuk memasarkan produk mereka. semua langkah ini harus di eksploitasi oleh golongan belia. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengganguran, beberapa langkah bagi menggalakkan belia menggunakan teknologi pertanian untuk menjana pekerjaan telah di lakukan. Antaranya ialah dengan menekankan kemahiran amali dalam bidang pertanian sejak peringkat sekolah rendah dan menengah lagi terutamanya dalam subjek Kemahiran Hidup dan MLVK di sekolah-sekolah teknik dan vokasional di seluruh Malaysia. Selain itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlulah menawarkan secara lebih meluas bagi kursus-kursus pertanian di institusi-institusi bagi mendedahkan ilmu pertanian kepada para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Antara pusat pengajian tersebut ialah Kolej Risda di bawah selian Universiti Putra Malaysia yang menawarkan Diploma Pertanian. Ini sedikit sebanyak mendedah dan mengalakkan belia menggunakan teknologi pertanian bagi mengurangkan kadar pengganguran. Malah, Kementerian Kewangan perlulah menyediakan dana, antaranya menyuntik dana kepada Koperasi Peladang secara konsisten bagi melatih dan menarik belia dalam menceburi bidang pertanian dan sekaligus mengurangkan kadar pengganguran serta meningkatkan penggunaan dalam teknologi pertanian.


KESAN-KESAN TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN MEMBANTU BELIA MENJANA SUMBER PERNDAPATAN TETAP..
Zaman sekarang kita dapat menyaksikan bahawa teknologi telah banyak membawa perubahan kepada negara kita. Teknologi juga membawa kesan baik kepada setiap masyarakat terutamanya golongan belia. Seperti yang kita ketahui sektor pertanian telah membuat pelbagai evolusi dalam mengaplikasikan teknologi sebagai satu kaedah untuk memajukan pertanian khusus di negara kita. Selain itu iaa menjana kepada pendapatan belia. Biologi teknologi adalah salah satu kaedah atau revolusi terhadap teknologi kepada pertanian di negara kita. Seperti contoh Perintis Agrotech Centre (PAC) dan Program Usahawan Biotek (PUB)
Perintis Agrotech Centre (PAC), sebuah nama yang tidak diasing lagi dalam bidang pertanian mengorak langkah maju setapak lagi melalui syarikat Perintis Dagangan Sdn Bhd (PDSB), dengan melancarkan Program Usahawan Biotek (PUB) baru-baru ini sebagai usaha bantuan perniagaan dan pendapatan kepada para penternak dan petani. Program tersebut bertujuan membantu golongan petani dan penternak yang tidak mempunyai pendapatan sokongan selain menunggu hasil sedia dituai serta membawa ilmu bioteknologi pertanian kepada mereka dengan kaedah lebih menjimatkan.
Program tersebut mengambil kira faktor peningkatan angka pengangguran di negara kita akibat kemelesetan ekonomi. PUB merupakan satu rangkaian usahawan bioteknologi yang besar yang melakukan jualan secara berjemaah.Rangkaian ini mengetengahkan konsep PDSB sebagai ‘imam’ manakala PUB sebagai ‘makmum’. PUB akan dipantau dan diajar ilmu-ilmu berkaitan bioteknologi untuk disampaikan kepada para penternak dan petani. Menariknya, di bawah konsep berjemaah ini, selain menjana pendapatan hasil jualan individu, PUB turut berpeluang mendapat komisen atau bonus dari keseluruhan hasil jualan bulanan dari rangkaian PUB tersebut dari PDSB.
Ini sebagai sebahagian strategi PDSB menarik lebih ramai golongan petani, penternak, graduan dan belia menganggur menyertai program usahawan yang ditawarkan. Petani, penternak perlu bijak mencari peluang mendapat ‘wang saku’ harian dan tidak semata-mata mengharapkan hasil tuaian semusim yang kadang-kala mengambil masa antara tiga atau enam bulan. Lebih memeritkan, apabila hasil tanaman atau ternakan sedia dituai, berlaku penurunan harga, kerugian akibat kematian dan kerosakan atau hasil tidak dapat dipasarkan.
Oleh itu, PDSB yakin mereka perlu didedahkan dengan peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan sementara menunggu hasil sedia dijual. Sekurang-kurangnya, petani dan penternak dapat mengguna sendiri produk bioteknologi pada harga yang rendah dan dapat menjual pada harga pasaran kepada petani dan penternak sekitar mereka sebagai wang saku harian. Setakat ini, program usahawan biotek mendapat sambutan amat menggalakkan dari semua golongan. Ini termasuklah penternak keli, penternak lembu dan kambing, petani, graduan, belia menganggur dan usahawan. Mereka amat berpuas hati dengan rancangan perniagaan dan peluang pendapatan yang ditawarkan di bawah program ini.
PUB turut diajar cara mudah untuk menjana pendapatan sehingga RM700 bagi pendapatan sampingan serta mencecah RM5,000 sebulan bagi yang serius memasarkan produk biotek ini. Ironinya, mereka dapat menambah pendapatan harian atau bulanan dengan modal permulaan yang amat rendah. Promosi berterusan oleh PAC melalui media masa dan media cetak dilihat satu kekuatan utama PUB untuk memasarkan produk kepada pembeli. PUB hanya perlu memanjangkan promosi tersebut ke pengetahuan pembeli sewaktu membuat jualan.
Jadi secara kesimpulannya, evolusi yang berlaku dialam sector pertanian membawa kesan yang besar terhadap pendapatan masyarakat khususnya belia sekaligus boleh mewujudkan usahawan muda yang berjaya di masa hadapan. ia juga mampu menjana ekonomi Negara dan memberi kesan yang penting terhadap pembanguanan dan pemodenan di Negara kita.

Friday, September 4, 2009

CABARAN BELIA DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1 MALAYSIA

Setelah Dato Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan pada bulan 3 yang lalu, beliau telah melakukan banyak perubahan dasar negara yang drastik dari segi ekonomi dan dasar pentadbirannya. Antara dasar yang paling besar yang di perkenalkan oleh beliau ialah, Gagasan 1 MALAYSIA, “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”. Secara dasarnya gagasan ini mementingkan perpaduan antara kaum di negara ini. 1 MALAYSIA menghargai dan menghormati identiti setiap kaum dan dianggap sebagai asset. Identiti yang berbeza itu dianggap sebagai asset, dan asa utama konsep ini adalah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada 1 MALAYSIA. Oleh itu semua remaja perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepimpinan negara.

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya konsep 1 Malaysia “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancer.

HURAIAN 1 MALAYSIA
*1 Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
*1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada kepada negara.
* 1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
*Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
* Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenga dan kewangan serta mengenepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimipin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
* 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan
* Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

3 PRINSIP TERAS 1 MALAYSIA
1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

-PRINSIP PENERIMAAN
- PRINSIP KENEGARAAN
- PRINSIP KEADILAN SOSIAL


NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:

*Budaya kecemerlangan
*Ketabahan
*Rendah hati
*Penerimaan
*Kesetiaan
*Meritokrasi
*Pendidikan
*Integriti




CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DIKALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA.

Pepatah melayu ada menyebut bersatu teguh, bercerai roboh. Ia sudah cukup melambangkan kepentingan perpaduan di dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan slogan ‘1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada hari beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian rakyat Malaysia terutama golongan belia perlu menanam semangat perpaduan yang tinggi dalam diri mereka bagi menyemarakan lagi gagasan ‘1Malaysia’. Pelbagai cara boleh dipupuk bagi memastikan gagasan ‘1Malaysia’ ini difahami dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia. Misalnya, dalam konteks sosial, ia boleh didpupuk melalui gotong-royong yang diadakan oleh masyarakat setempat. Selain itu, belia juga boleh disatukan dengan cara menyertai aktiviti sukan yang disertai oleh pelbagai kaum dalam satu pasukan yang sama. Begitu jugalah apa yang perlu diamalkan oleh pelajar-pelajar terutamanya pelajar institut pengajian tinggi, dimana setiap kumpulan tugasan dianggotai oleh pelajar yang berbilang kaum dan jantina tanpa didominasi oleh sesuatu bangsa. Tanpa disedari, disitu bermula sebuah ikatan yang harmoni diantara kaum selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Konsep ‘1Malaysia’ boleh dijayakan lagi jika semua golongan belia bersatu. Golongan belia perlu sedar sebenarnya mereka mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pelapis dan pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka sepatutnya menjadi warganegara Malaysia yang mementingkan perpaduan dan menanam semangat cintakan negara. Mereka seharusnya bekerjasama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dalam menjadikan ‘1Malaysia’ menjadi realiti. Ada juga pepatah melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh yang demikian kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merialisasikan ‘1Malaysia’. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menyelarskan satu mata pelajaran yang berkaitan dengan perpaduan disekolah dan institut pengajian tinggi di mana matapelajaran mengajar mereka tentang kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Bermula dari sekolah, mereka boleh menghayati erti perpaduan. Selain itu, adakan kem untuk memupuk perpaduan antara kaun seperti kem PLKN di mana semua kaum akan di tempatkan dibawah satu bumbung dan dari situ mereka akan belajar untuk menghormati antara satu sama lain dan dari situ perpaduan dikalangan kaum dapat dipupuk secara sendirinya. Walau apa jua yang kita lakukan, kita jualah yang mencorakkannya... sebagai bangsa yang mempunyai peradaban dan mertabat yang tinggi maka eloklah kita teliti sehalus-halusnya perpaduan kaum yang ada.. jangan hanya berada dibawah satu bumbung(negara) tetapi hidup masing-masing. Pepatah dulu ada benarnya, ”bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” kata-kata ini seharusnya ”tak lekang dek panas, tak lentur dek hujan”... renungkan ke dalam diri kita semua....


HALANGAN-HALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA

Seperti kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia Kelima Dato Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan konsep 1Malaysia iaitu mengambil kira kepentingan dan aspirasi semua lapisan masyarakat dalam menggerakkan negara ke depan. Terdapat beberapa nilai-nilai utama daripada konsep 1Malaysia -- budaya kecemerlangan, meritokrasi, integriti dan kesetiaan dan ia adalah selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sebagai rakyat Malaysia banyak halangan yang dihadapi sebelum kita dapat menjayakan konsep tersebut buat masa sekarang.

Sebagai contoh ialah rakyat Malaysia sendiri dimana walaupun kita telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun tetapi tahap kesedaran atau semangat patriotik masyarakat kita masih ditahap rendah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan kerajaan. kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Selain itu masalah yang dihadapi penduduk luar bandar yang masih di diskriminasi oleh sesetengah pihak merupakan halangan untuk konsep tersebut berjaya. Sebagai contoh kita dapat lihat melalui aspek Agama di Sabah dimana ianya di dominasi oleh Agama Islam dan Kristian banyak memberi impak atau cabaran dilalui tidak mudah kerana kepelbagaian merumitkan usaha ke arah perpaduan dan kesatuan masyarakat. Selain itu masalah penggunaan bahasa yang baik masih lagi menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu di Sabah dikatakan agak rendah. Keadaan ini bukan dipengaruhi oleh sentimen kenegerian atau bersikap prejudis terhadap rakan Semenanjung tetapi masalah yang dihadapi ialah tongue twist atau lebih mudah ‘Slang’ yang dituturkan untuk bergaul. Selain itu, cabaran lain ialah antaranya dari segi sosio-budaya, ekonomi dan politik keseluruhannya. Dari segi politik, demokrasi semakin diperluaskan ruang hak bersuara seperti penggunaan blog secara meluas tanpa kekangan pihak berkuasa. Masyarakat dapat mengetahui dan menilai bagaimana pemimpin berbincang secara terbuka serta penyertaan rakyat dalam pembuatan keputusan. Dalam perspektif ekonomi, dasar liberalisasi ekonomi yang di bentuk bagi menangani krisis ekonomi dunia ketika ini perlulah seimbang bagi mengelak percanggahan kepentingan sesuatu kaum. Bagi sosial budaya, perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan mestilah berteraskan perpaduan bagi merapatkan jurang antara kaum yang ketika ini dilihat goyah akibat dimanipulasi oleh golongan yang berfikiran sempit bagi mencapai kepentingan diri semata-mata.


KEPENTINGAN KONSEP SATU MALAYSIA.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju da kita dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

KEPENTINGAN SATU MALAYSIA TERHADAP DIRI BELIA DAN MASYARAKAT.

Kepentingan yang kita dapat lihat didalam perlaksanaan konsep satu Malaysia adalah konsep dimana ianya menggalakkan perpaduan diantara kaum dan menggelakkan perbalahan sesama masyarakat. Selain itu mengikut persepsi lain, konsep ini dapat menggelakkan demonstrasi. Seperti yang kita ketahui, negara kita sedang rancak dengan pelbagai demonstrasi yang dilakukan seperti demonstrasi yang dijalankan oleh pelajar UITM (University Teknologi Mara Malaysia). selain itu, konsep satu Malaysia juga dapat mengelakkan ketidakpuasan hati dikalangan belia dan masyarakat. Seperti contoh perbalahan antara kaum dimana seperti yang kita tahu, kaum atau bangsa melayu mendapat keistimewaan yang banyak dan ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati diantara kaum dan bangsa lain. Jadi konsep satu Malaysia membawa maksud kesamarataan antara semua kaum di Malaysia. Jadi secara kesimpulannya, semua bangsa adalah sama.seperti lirik lagu satu Malaysia yang dinyanyikan oleh satu pelajar Lim Kok Wing Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat, kita satu nama satu nama, kita satu Malaysia.