Thursday, August 6, 2009

PENGABDIAN BELIA TERHADAP TEKNOLOGI... APAKAH PUNCANYA!???

PENGENALAN..

Dalam dunia serba moden ini, kita sebagai rakyat yang celik dan peka terhadap perkembangan teknologi tidak dapat lari daripada terjerumus ke dalam gelombang kemajuan teknologi yang sedang “meneru” sekarang. Gelombang ini tidak akan berhenti selagi ada cerdik pandai yang sentiasa “menerobos” ruang-ruang idea yang terdapat di benak fikiran mereka. Lihat sahaja bagaimana perkembangan dalam dunia percetakan dan penerbitan berkembang maju saat Guttenberg mencipta mesin cetak pada abad ke-17. Berdasarkan keupayaan Gutenberg, ramai para cendekiawan mula mengorak langkah memajukan teknologi yang dipeloporinya sehinggalah terciptanya sistem audio visual yang lebih canggih. Teknologi yang tidak pernah ´mati´ ini terus berkembang maju dengan tercetusnya era perkomputeran yang lebih terkini dan moden. Hans Moravec meramalkan, dalam tempoh abad pertama kurun ke-21 ini para saintis akan menerokai satu zaman yang cukup mencabar. Keupayaan otak manusia akan ditranformasikan ke dalam bentuk cip untuk mengkoordinasikan pergerakan yang hampir sama dengan manusia. Ini sudah terbukti dengan terciptanya robot-robot dan mesin yang membantu manusia untuk meningkatkan produktiviti seperti yang dipelopori oleh negara Jepun (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia). Mengapa hal ini berlaku? Ini kerana mereka mempunyai sifat obses dan taksub terhadap teknologi ciptaan mereka. Maka mereka sanggup mengabdikan diri mereka untuk keputusan yang terbaik dalam setiap ciptaan yang dilakukan. Begitu juga dengan golongan belia Malaysia yang menerima gelombang kemajuan teknologi ini, mereka terlalu obses dengan pelbagai teknologi yang wujud di sekitar mereka seperti permainan video atau CD seperti Play Station, X-Box, dan internet gamming selain MP3 dan I-POD. Selain itu, teknologi telefon bimbit yang tengah meningkat naik di pasaran iaitu 3 Generation (3G), chatting termasuklah laman web sosial seperti Friendster, MySpace.com, Tagged, Yahoo Mesengger, FaceBook dan pelbagai lagi. Apa yang disenaraikan ini hanyalah sebahagian daripada teknologi yang digunakan oleh belia dinegara ini. Persoalannya kini, apakah punca yang menyebabkan belia terlampau obses dan mengabdikan diri terhadap perkembangan teknologi ini?. Gang Siputsedoot akan menyedut segala maklumat dan akan membongkar punca-punca daripada persoalan ini!!.


PUNCA-PUNCANYA......!
  • PENGARUH RAKAN SEBAYA...

Pengabdian belia terhadap teknologi mempunyai banyak puncanya. Di antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Memang tidak dapat dinafikan rakan sebayalah yang mempunyai pengaruh yang lebih hebat berbanding pengaruh ahli keluarga bagi kebanyakkan remaja yang terlibat ke dalam gejala ini.

Ini kerana sikap remaja yang mempunyai daya pemikiran yang mentah dan masih belim matang senang terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan-rakan sebaya ini mempunyai latar belakang yang berlainan dan cara pemikiran yang berbeza. Jadi rakan-rakan sebaya ini akan mempengaruhi rakannya supaya menjadi sepertinya. Dengan kemajuan teknologi inilah budaya barat yang sering kita lihat di muka-muka akhbar seperti golongan punks,skinhead dan bermacam-macam lagi dapat diterapkan dalm minda para belia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang biasa dengan adegan sebegini menganggap ianya sebagai perkara normal dan remeh-temeh. Jadi perkara utama yang kita perlu ubah dalam diri remaja ialah cara pemikiran.

Sesungguhnya golongan remaja dan belia adalah golongan yang diiharapkan untuk menjadi pemimpin di masa akan datang. Bangun dan jatuhnya sesebuah bangsa dan negara banyak terletak kepada golongan remaja dan belia. Jika mereka rosak sudah pasti bangsa dan negara akan jatuh pada masa hadapan. Tetapi jika baik remaja dan belianya,maka bangsa dan negara tersebut akan bangkit maju pada masa akan datang.

  • KURANGNYA KASIH SAYANG DAN DIDIKAN DARIPADA IBU BAPA...

Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa dan keluarga merupakan salah satu faktor mengapa belia pengabdikan diri mereka terhadap teknologi. Kesibukkan ibu bapa dalam mengejar kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan mereka mencari keseronokan dengan cara tersendiri iaitu dengan melayari internet. Dengan cara ini, mereka mudah mencari rakan yang senasib dengan mereka. Ibu bapa yang tidak memberi didikan agama kepada anak mereka telah menyebabkan belia pada masa kini lebih terpengaruh melayari laman web lucah dan sebagainya. Faktor ini menjadi faktor utama uang menyumbang kepada pengabdian remaja dalam mengejar arus teknologi.
  • EGO BELIA TERHADAP TEKNOLOGI..

Dewasa ini,remaja sering di dedahkan dengan pelbagai kemudahan teknologi maklumat. Remaja kini lebih berlumba-lumba untuk mendapatkan maklumat yang terbaru antara satu sama lain. Malah, menjadi trend siapa yang dapat memiliki teknologi terbaru dan mengetahui perkara yang terbaru terutama di dalam laman web dialah yang akan menjadi wira siber. Antara aktiviti yang di gemari oleh remaja kini di dalam web adalah blog, tagged, frienster, hi-five, facebook, yahoo messenger dan banyak lagi. Tidak cukup dengan memiliki email di dalam yahoo dan MSN remaja kini lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan melayari facebook. Remaja kini ego dalam memperkatakan mereka lebih baik dalam mencipta blog dan lain-lain. Malah, ada di antara mereka menghabiskan wang belanja yang di berikan ibu bapa demi mencipta blog dan facebook yang diidam-idamkan oleh mereka. Dengan blog yang di miliki oleh pelajar membuatkan mereka lebih menonjol-nonjol kehebatan yang di miliki.

  • INGINKAN PEMBAHARUAN TEKNOLOGI...

Proses pembaharuan dalam teknologi komunikasi yang terbuka dan mendukung sesuatu institusi akan menghasilkan penelitian mengenai perkembangan institusi secara jelas serta menunjukan salah satu cara yang paling efektif bagi penyaluran informasi dan idea-idea yang ingin di kongsi bersama dengan masyarakat umumnya. Selain itu, pembaharuan yang dikecapi kini oleh belia adalah hasil keinginan golongan terdahulu yang ingin merasa arus perubahan teknologi komunikasi yang lebih dinamik. Malah, perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap teknologi terutamanya fungsi dan aplikasi yang baru merupakan salah satu punca berlakunya pembaharuan dalam teknologi komunikasi pada masa kini. Di samping itu, penambahbaikan dan perubahan rekabentuk teknologi itu sendiri mewujudkan gelombang celik teknologi maklumat di kalangan belia antaranya ialah wujudnya Wifi dan juga Broadband yang sedikit sebanyak telah mengambil peranan dalam penggunaaan internet yang menggunakan Dial-up pada waktu ketika dahulu. Perubahan yang berlaku banyak meningkatkan produktiviti operasi terutamanya dalam penyampaian maklumat secara lebih tepat, padat dan mutakhir.


KESIMPULAN....

Secara kesimpulannya teknologi banyak membantu masyarakat sekarang. Antara contohnya penggunaaan teknologi yang pesat dalam kalangan belia untuk mendapatkan maklumat serta kemudahan dalam melakukan kerja. Selain itu, perkembangan teknologi juga banyak membantu negara dalam meningkatkan ekonomi seperti penjualan teknologi baru seperti komputer, telefon bimbit banyak memberi kesan yang positif. Di dalam mencapai kemajuan tersebut masyarakat sekarang lupa bahawa kepesatan teknologi juga banyak memberi impak yang negatif kepada budaya kita sendiri sebagai contoh golongan belia sekarang kian melupakan adat resam seperti permainan tradisional, hubungan kekeluargaan dan perpaduan kaum. Kita boleh melihat bahawa masyarakat sekarang yang lebih taksub terhadap permainan komputer, chatting, melihat video, memuat turun lagu-lagu barat sehinggakan sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga serta menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment