Thursday, July 30, 2009

BELIA VS JENAYAH TEKNOLOGI..

PENGENALAN..

Teknologi pada masa kini merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat terutama remaja. Dalam keghairahan mereka mengejar kemajuan teknologi, tidak mustahil mereka boleh terlibat dengan pelbagai jenayah siber. Jenayah siber boleh ditakrifkan sebagai sebarang bentuk tindakan dan ancaman yang dilakukan oleh seseorang melalui internet, telefon bimbit dan pelbagai teknologi lain. Tidak dapat dinafikan semakin banyak laman blog yang muncul, belia semakin ghairah menimbulkan kemarahan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, pelbagai jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja. Antaranya ialah penipuan, pengubahsuaian program/data komputer, mencuri maklumat, judi siber, pornografi, hacker dan jenyah siber paling banyak di Malaysia adalah penyebaran virus. Isu jenayah siber ini sukar di bendung adalah kerana belia sentiasa mengikuti kepesatan pembangunan teknologi dan semakin ghairah melakukan pelbagai jenayah siber.





JENAYAH SIBER...


Jenayah siber kian menular. Dewasa kini, kecanggihan teknologi yang ada bukan mendatang kebaikan dan percambahan maklumat dari pelbagai segi. Malah, kemajuan teknologi yang adalebih membawa kepada kemerosotan dari segi moral, budaya dan agama. Teknologi yang dulunya digunakan juga dalam memantapkan ilmu dari segi operasi input dan output, komunikasi data dan pemprosesan data. Kini, teknologi sering disalahgunakan untuk penyebaran virus, pengintip, penipuan, pengubahsuaian ke atas program data komputer, mencuri maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, judi siber, penggodaman dan banyak lagi.


◙ BLOG


Blog adalah sejenis web yang boleh diketogerikan sebagai dairi secara online. Ada sesetengah memaparkan kisah hidup atau perjalanan yang berlaku di dalam sesuatu kehidupan. Namun apabila belia merasa bebas menggunakan teknologi ini, mereka telah mula menjinakkan diri untuk memberikan komen-komen yang melampaui batas kebebasan bersuara seperti memfitnah golongan-golongan tertentu. Contohnya apa yang telah berlaku kepada bloger terkenal Raja Petra yang di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) KERANA memfitnah.

◙ GAMBAR LUCAH

Gambar atau paparan yang mengenai tubuh manusia secara terang-terangan yang memeparkan tubuh manusia yang boleh mendatangkan kegaiharan dan perilaku seksual manusia. Filem-filem yang berunsurkan lucah ini kadang-kala menayangkan adegan seksual dari segi foto, teks bertulis, suara, nafas dan yang paling mengjengkelkan lagi ialah imej bergerak.

◙ VIRUS

Virus merupakan suatu bentuk binatang hidup di alam siber. Walaupun ia tidak dapat disentuh didunia nyata akan tetapi kewujudan virus ini di alam siber amat utuh. Sehingga sekarang masih belum ada penentang virus yang boleh membunuh virus yang amat berbahaya di alam siber ini. Malah, kewujudan virus ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Virus ini dikatakan boleh memusnahkan maklumat, fakta mahupun apa sahaja input yang ada di dalam komputer dalam sekelip mata. Virus ini juga boleh dikatakan seperti pepatah melayu menyatakan ’api dalam sekam’. Kewujudan virus ini amat berbahaya sekali.

◙ HACKERS ATAU PENGGODAMAN

Seorang yang mencipta dan mengubahsuai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer pentadbiran dan urusan yang berkitan dengan keselamatan. Selalunya penggodaman ini bergerak secara persendirian.

Tahukah ANDA???

5 Lanun TOP SPAMMER di Internet

1. Alex Blood/ Alexender Mosh/ AlekseyB/ Alex Polyakov
Berasal dari UKRAINE dan kerap menukar nama samaran bagi mengelak dikesan aktiviti Underground yang dilakukan. Pernah bekerjasama dengan Pilot Holding dan Bbasafehosting.com tidak lama dulu. Modus operandinya, menghantar gambar lucah membabaitkan kanak-kanak secara meluas ke seluruh dunia melalui internet ini.

2. Micheal Lindsay/ iMedia Network
Jenayah yang dilaksanakan oleh Micheal Lindsay dari iMedia Networks membuatkan namanya tersenarai dalam ROKSO iaitu senarai spammer yang amat aktif. Tapi Micheal yang berasal dari CALIFORNIA tidak pernah bersembunyi dari kegiatannya. Malah sering menganggap spam adalah sebahagian dari perniagaannya.

3. Leo Kuvayev/ BadCow
Berketurunan RUSIA dan tinggal di USA. Menghasilkan software cetak rompak "OEM CD" untuk pasaran gelap, spam berunsur lucah dan banyak lagi kegiatan jenayah membabitkan pengkomputeran yang dilakukannya. Sering menyelitkan virus dalam setiap spam yang dilakukan. Dan dia pernah dikenakan saman sebanyak $37 bilion diatas kesalahannya itu.

4. Pavka/Artofit
Bermula dengan penyebaran imej lucah, Pavka yang berasal dari RUSIA ini juga aktif dalam aktiviti pengodam sistem dan komputer. Memang dia antara seorang spammer dan hacker yang digeruni.

5. Jeffrey Peters-Jtei/ CPU Solution
Terbabit dalam banyak kegiatan jenayah pengkomputeran dan antara orang penting yang bersekongkol dengan penjenayah yang menggangu "ISP" di Rusia. Antra kebolehannya yang paling ketara spammer FLORIDA ini ialah memalsukan dokumen-dukomen penting.


◙ PELABURAN INTERNET

dewasa ini, jenayah dari segi internet kian berleluasa. Acap kali, pelaburan ini dapat menarik minat pelayar internet kerana pelaburan ini menjanjikan pulangan yang cukup lumayan. Akan tetapi biasanya pelaburan di internet tidak berjaya. Antara contohnya pelaburan di internet adalah ’swiss cash’.



JENAYAH CETAK ROMPAK...

Kemunculan penerbitan cetak rompak sebagai alat telekomunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang merosakan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga software cetak rompak disebarkan melalui Internet. Wujudnya gejala cetak rompak perisian komputer melibatkan pelbagai industri termasuk pembuatan, pelancongan, media, peruncitan, kejuruteraan dan landskap.Ia membabitkan perisian perniagaan bagi mengedit gambar, reka bentuk, animasi, pelindungan antivirus, sistem operasi dan pemprosesan milik anggota BSA seperti Autodesk, Adobe, Macromedia dan Symantec. Selain itu, wujudnya plagarisme dalam percetakan buku-buku yang diterbitkan secara berleluasa tanpa mendapat kebenaran bagi pihak berkuasa dan penerbit. Hal ini dapat dilihat di sesetengah pusat pengajian tinggi dan pusat-pusat tuisyen yang sedikit sebanyak memberi kesan buruk ke atas periuk nasi sesetengah pihak.

Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk industri. Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.

Punca-punca merebaknya aktiviti cetak rompak:

1.Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek
2.Harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah daripada produk tulen.
3.Salah guna teknologi seperti penulis CD dan penulis DVD pada komputer yang
digunakan untuk tujuan cetak rompak.
4.Salah guna internet yang dijadikan medium penyebaran produk cetak rompak.

Masalah cetak rompak di negara ini yang bermula sebagai sebuah industri `belakang rumah', kini dipercayai telah berubah menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi dan dilindungi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara.

Selain itu, kita juga boleh melihat bebarapa contoh kesalahan Cetak rompak dimana pelajar-pelajar yang menyalahguna kemudahan teknologi untuk menyalin, pengedaran dan menggunakan produk tersebut secara haram seperti menyalin buku teks atau memuat –turun maklumat tanpa kebenaran untuk kegunaan sendiri.











JENAYAH TELEFON BIMBIT..


Pada masa kini kemajuan telefon bimbit semakin rancak membangun seiring dengan kemodenan negara. Namun kemajuan gajet kecil ini telah di salah ertikan atau telah disalah gunakan olleh masyarakat khususnya golongan belia.

Di antara jenayah-jenayah yang boleh di kaitkan dengan jenayah telefon bimbit ialah seperti penyebaran mesej-mesej lucah, penyalahgunaan perkhidmatan 3G, penyebaran video dan gambar lucah dan sebagainya.

Sebagai contoh di dalam suratkhabar Kosmo bertarikh 31 Oktober 2008 mendedahkan jenayah telefon bimbit di kalangan pelajar. Menurut akhbar tersebut, sebuah sekolah di Kuala Terangganu dimana pelajar perempuannya melakukan aksi panas yang telah tersebar luas di seluruh Malaysia.

Pemuda Pas Wilayah pernah menegaskan agar pihak Kerajaan dan Polis mengambil langkah-laangkah drastik terhadap perkara ini demi menjaga nama baik institusi pendidikan dan akhlak pelajar di negara ini. Kita tidak mahu negaraa ini diwariskan kepada generasi yang rosak seperti ini.

Selain dari merakam aksi lucah,penjualan nada dering juga amat membimbangkan. Ini kerana menurut fakta, indudtri muzik mengalami kerugian sebanyak RM 36 juta setahun akibat penjualan nada dering tanpa kebenaran yang membabitkan 3,000 peniaga haram di seluruh negara yang terdiri dari golongan belia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Tan Ngiap Foo,berkata pemerhatian pihaknya mendapati penjualan nada dering sangat ketara di komplek beli belah dan pasar malam.

Bukan itu sahaja, dengan kemajuan telefon bimbit, mereka juga menyalahgunakan ia sebagai alat pengeboman. Menurut bernama pada tarikh 8 Jun 2004, akhbar the New York Times melaporkan baahawa pihak berkuasa keselamaatan melalui operasi dinamakan ‘Mont Blanc’ telah mengenalpasti dan menahan anggota Al-Qaeda dengan menjejaki mereka kepada satu perkhidmatan telefon bimbit prabayar di Switzerland. Kejadian-kejadian pengeboman menggunakan telefon bimbit ini turut dilakukan di Madrid diikuti di Songkhla di Thailand. Penemuan ini mengukuhkan laporan berita bahawa pengganas-pengganas dipercayai menggunakan telefon bimbit prabayar untuk tujuan pengeboman. Maka nampaknya telefon bimbit prabayar telah menggantikan fungsi telefon berbayar sebagai pilihan untuk mereka yang mencari KETAMPANAMAAN dalam komunikasi mereka,baik panggilan berbau lucah,jenayah atau ancaman pengganas antarabangsa.

Siapa yang harus dipersalahkan, “ Inilah namanya fenomena global. Kalau tak ada handphone, macam tak kena dengan masa kini. Tetepi ini jugalah harga yang perlu dibayar. Maksudnya nikmat pembanggunan kebendaan yang hadir dengan kesan positif dan negatif” kata Dr . Sarjit Sing Gill, seorang ahli Astropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


LANGKAH MENGATASI JENAYAH TEKNOLOGI..

Dewasa ini, kita ketahui bahawasanya terdapat pelbagai jenis bentuk jenayah teknologi yang dilakukan oleh golongan belia. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai langkah-langkah dan alternatif untuk menangani permasalahan ini. Antaranya ialah undang-undang dan polisi-polisi yang telah dikuatkuasakan. Sebagai contoh merumuskan lebih banyak peruntukan bagi membendung atau menghukum pesalah jenayah untuk memastikan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mampu terus berkembang pesat.

Naib Presiden bagi Hal Ehwal Korporat Global di Microsoft Corporation, Pamela Passman, berkata undang-undang yang terhad akan menyukarkan kerajaan dan pihak berkuasa untuk menyekat jenayah siber. Selain itu, Malaysia juga patut melabur lebih banyak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah siber dan kerajaan perlu tegas dalam menghukum pesalah yang menjadikan dunia siber sebagai medan untuk melakukan jenayah. Sebagai contoh menurut Pamela, Britain akan mengenakan denda sehingga 1,000 pound (RM7,000) terhadap ibu bapa 'pembuli siber' atau pelajar yang terbabit mengancam rakan mereka menerusi telefon bimbit, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web sosial. Selain didenda, ibu bapa terbabit juga diarahkan mengawal tindak tanduk anak atau mereka sebaliknya akan diwajibkan menghadiri kelas keibubapaan serta dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.

Disamping itu, menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Tuan Chia Kwang Chye (Dewan Rakyat tahun 2003), kerajaan telah pun memulakan usaha meningkatkan keselamatan maklumat negara untuk merendahkan atau meminimumkan risiko pencerobohan pendedahan maklumat terperingkat, penipuan, gangguan dan salah guna teknologi maklumat. Bagi tujuan ini, pelbagai langkah bagi melindungi dan memperkukuh keselamatan maklumat telah diambil, dan antaranya ialah:

(a) Penggubalan undang-undang siber seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Tandatangan Digital 1997.

(b) Penubuhan Pusat Keselamatan dan Kecemasan Teknologi Maklumat dan Komunikas
ICT Kebangsaan (NISER) bagi menangani isu keselamatan maklumat secara menyeluruh. Antara fungsi utama NISER ialah:

(i) menjalankan pembangunan dan penyelidikan dalam bidang keselamatan maklumat seperti cryptography, systems access control, detection dan surveillance ( audit, computer evidence, forensic investigation);

(ii) membantu dalam mengenal pasti pencerobohan komputer dan mengurangkan atau mencegah kerosakan serius akibat serangan keselamatan.

(iii)meningkatkan kesedaran dalam bidang keselamatan ICT di kalangan organisasi tempatan, serta mencadangkan tahap program latihan keselamatan ICT yang diiktiraf.

(iv) memberi perkhidmatan pakar perunding ICT; dan

(v) membantu dalam merangka dan menulis polisi, standard dan garis panduan Keselamatan ICT dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

(c) penubuhan Bahagian Keselamatan ICT di MAMPU bagi menangani isu keselamatan maklumat khusus bagi sektor awam. Antara fungsi bahagian ini ialah:

(i) bertindak sebagai penjaga keselamatan ICT kerajaan;

(ii) penyelaras keselamatan ICT di sektor awam (termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan).


Secara kesimpulannya, dengan adanya kecanggihan teknologi pada masa kini didapati bahawa banyak memberi kesan negatif dan positif terhadap masyarakat terutamanya golongan belia. Oleh yang demikian, dengan adanya penguatkuasaan undang-undang dan polisi, ia dapat mengimbangi dan mengurangkan penyalahgunaan teknologi serta jenayah-jenayah teknologi yang dilakukan oleh golongan belia. Selain itu, sebab lain penggubalan undang-undang dan polisi ini boleh memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati dalam melakukan jenayah teknologi.



Pandangan pakar mengenai jenayah teknologi.....

P/S:HMM...SANA SINI JENAYAH ADA...TAPI JENAYAH TEKNOLOGI NI LAGI BAHAYA!!BOLEH BERI KESAN KAT SELURUH UMAT MANUSIA..SILAP-SILAP SELURUH DUNIA JADI KUCAR KACIR SEBAB SISTEM BREAK DOWN..MCM MN KITA NAK HIDUP BEB KALAU DUNIA JADI MACAM TU??BOLEH SAKIT JIWA..

No comments:

Post a Comment