Tuesday, August 25, 2009

DAKWAH MELALUI ICT MENGUBAH PERSEPSI BELIA..


Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama Islam yang dilakukan oleh seseorang atau sebuah pertubuhan keagamaan kepada khalayak umum. Dakwah merupakan proses yang berkesinambungan yang dilakukan oleh para pengembang dakwah (ulama’) dalam rangka mengubah sasaran dakwah agar membawa umat Islam ke jalan Allah, dan secara berperingkat menarik umat manusia menuju kepada kehidupan yang lebih islamik. Tidak semestinya ulama’ dan cendiakawan islam sahaja yang boleh melakukan aktiviti dakwah ini, kita sebagai umat islam yang mempunyai ilmu juga boleh melakukannya. Namun dengan syarat, kita sentiasa berada dalam landasan yang betul menurut syiar islam. Mengapa kita perlu mengupas serta membahas masalah dakwah ini? Nah ini jawapanya…Seperti kita tahu,Allah SWT mewajibkan kita untuk berdakwah atau menyebarkan agamaNYA. Di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman “Sampaikanlah walaupun sepatah ayat”. Berpegang kepada dasar itu, kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang senentiasa mendapat pelbagai ilmu, seharusnya kita perlu mengamalkanya dan menyebarkannya untuk kemudahan umat manusia di dunia mahupun dia akhirat insyaallah…Penyebaran dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah secara langsung di mana, pendakwah berhadapan dengan audien dan tidak secara langsung contohnya melalui saluran internet dan telefon bimbit. Apa yang Gang Siputsedoot2009 ingin tekankan di sini ialah dakwah dengan menggunakan kaedah tidak secara langsung. Ini kerana kaedah ini masih banyak peluang yang belum dieksploitasi. Hekeleh..boleh ke nak buat dakwah guna teknologi ICT??Soalan itu mungkin akan terlintas di benak fikiran mereka yang cetek pemikirannya serta tidak mahu menerima sebarang perubahan. Yela..dah nama pun tak nak perubahan..macam-macam la la alasan…Sebenarnya boleh…



Melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information Technology (IT) hari ini yang dari sehari ke sehari semakin canggih dan sophisticated, maka mekanisme yang ada ini wajar untuk digunakan dengan semaksimanya sebagai salah satu methodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya dimonopoli, dikuasai dan dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum materialistik, pencipta idealisme Baratism, para perencana kemaksiatan, penyebar bahan lucah dan video seks serta pengangkat budaya hiburan melampau dan hedonisme sahaja. Hmm..memang apa yang di perkatakan tadi benar belaka...cuba la surf internet, semuanya mengagungkan hiburan dan keseronokan semata, susah nak cari yang betul-betul bawa kita ke jalan kebenaran...Malah kita tidak mahu dunia siber ini hanya menjadi medan kepada aktivis-aktivis dan pejuang sekularisme, liberalisme, kapitalisme, darwinisme, komunisme, sosialisme dan dakyah-dakyah sesat yang lain ligat memainkan pemikirannya, mempamerkan aksi jahiliyyah dan menyebarluaskan perkara tersebut . Sungguh… Kita tidak mahu!! umat islam sekarang ni dah dikaburi dengan segala macam saduran palsu yang membuatkan kita lupa kita sedang “diratah” oleh pihak yang benci dengan umat Islam..subhanallah..Menurut sebuah lama web Sabahkini.net, kaedah penyampaian dakwah kini tidak hanya terbatas menggunakan pendekatan konvensional, sebaliknya ia terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT). Oleh itu penguasaan terhadap ICT diperlukan bagi pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada sasaran dengan lebih meluas lagi. Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, hari ini peranan umat Islam dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT. "Kemahiran ICT dan bakat semulajadi mampu di kembangkan dalam usaha berdakwah termasuk bakat dalam bidang lukisan samada berbentuk kartun atau animasi”.Sementara itu Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pula bertitah, pentadbiran Islam wajib bersedia merangka satu dasar secara jelas berhubung program dakwah menggunakan gelombang media baru atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Baginda mahu, satu jalinan kerja antara ulama dan ahli teknologi di wujudkan agar kebaikan dari gelombang teknologi maklumat ICT dapat memberi manfaat kepada ulama. Umat islam harus mengakui, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT merupakan syarat penting bagi menyebarkan Islam secara lebih berkesan. Menurut baginda lagi, masyarakat sekarang tidak lagi menjadikan media cetak dan media konvensional sebagai pilihan utama. Ujar baginda lagi, kegagalan mana-mana pihak dalam mengaplikasikan peluang teknologi ini untuk berdakwah, akan mengakibatkan umat islam dianggap tidak berupaya mengikuti kemajuan dan perkembangan sains dan teknologi.Eh…kita dok bercakap mengenai dakwah, dakwah dan dakwah..tapi..sebenarnya dakwah dalam wadah baru yakni ICT ni sebenarnya nak di tujukan atau disasarkan kepada siapa ye..??mesti apa yang dilakukan mempunyai matlamat tertentu. tak kan saja-saja je kita suka-suka nak bersusah payah menggunakan medium yang bukan konvensional (ICT) ni nak buat dakwah..Emm…Jom kita kupas lagi persoalan ni bersama Gang Siputsedoot2009…..Haiya Bina..



Seperti yang kita sedia maklum, golongan muda atau pun belia merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi songsang yang dibawa oleh barat. Mereka kebanyakannya hanyut ke dalam jurang kemaksiatan tanpa menyedari mereka telah jauh dari rahmat dan syurga Allah SWT. Mereka tidak menghiraukan halal dan haram, baik dan buruk dalam melakukan sesuatu perkara tersebut. Apabila ada pihak yang yang menegur perbuatan mereka, mulalah mereka melenting…Ah..!!kau sape nak tegur aku!biar la aku dengan cara aku..lagi pun kubur kita masing-masing.kubur aku kubur aku, kubur kau kau jaga la sendiri!!! Hmm..mcm tu lah yang selalu kita dengar bila ada orang menegak kebenaran Allah..Wahai cik abang dan cik kak yang berlagak sombong lagi angkuh..memang la kubur kita ni tak boleh share..tapi kita sebagai umat saudara islam di muka bumi ni mempunyai ruang untuk menegur mana yang tak betul..kalau dah diketahui di depan mata, kalian melakukan perkara lagha..tak kan la kami tak berbuat ape-ape..nanti dosa pula yang kami dapat sebab bersubahat…Minta maaf le kepada sesiapa yang terasa, tapi itulah realitinya pada akhir zaman ini, semua perkara yang membawa kepada kebaikan di pandang jahat dan begitulah sebaliknya. Kami berasa amat risau dan takut dengan situasi sekarang dimana belia merupakan pewaris masa depan negara. Jika belia pada zaman sekarang tidak mempunyai akhlak peribadi yang baik..bagaimana nanti belia akan memimpin negara dan menegakkan syiar islam di dalam negara yang tercinta ini. oleh yang demikian para ahli ulama dan cendiakawan islam yang arif mengenai golongan belia ini perlu mengeksploitasi peluang untuk menarik golongan belia ini untuk dekat dengan Islam. Untuk menarik belia, kita memerlukan golongan belia juga dimana golongan belia amat sinonim dengan tenaga dan minda yang kreatif dan inovatif. Kelebihan itu jika diaplikasi dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, sudah pasti menghasilkan kesan yang hebat untuk agama dan masyarakat.




Usaha dakwah sebegini sebenarnya memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang telah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang untuk mengembangkan syiar Islam yang mulia ini. Menurut sumber yang di tulis oleh Ruzain Syukur Mansor dalam Berita Harian Online, golongan belia tidak perlu merasa rendah diri untuk menyampaikan dakwah dan mereka perlulah bijak mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam memperkasakan usaha dakwah. Dalam usaha untuk mengubah persepsi belia untuk mendekati dakwah, pihak terlibat boleh mewujudkan aplikasi dan perisian jawi bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian. Selain itu, penjualan buku dakwah melalui laman web juga dapat menarik belia. Menurut statistik pengguna internet di seluruh Malaysia melebihi dari 500,000 ribu orang dan makin meningkat dari semasa ke semasa. Selain itu, peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun nada dering ke telefon bimbit berunsur kesenian islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran nada deringan pop komersial yang meluas. Sementara galakan terhadap penerbitan album nasyid bakal memberikan impak dakwah melalui kesenian. Di sinilah kepakaran penggubah lagu dan lirik lagu dakwah bergabung dengan pemilik teknologi rakaman suara untuk menghasilkan album dakwah. Selain itu dakwah dalam bidang penyiaran sama ada radio dan media elektronik menanti golongan belia. Kerjaya dalam bidang penyiaran radio Islam seperti Radio ikim.fm umpamanya mampu mendedahkan generasi muda dengan penyebaran dakwah kepada massa. Selain itu juga, medium maklumat baru iaitu blog juga perlu digunakan dalam usaha menyampaikan dakwah. Belia pada zaman sekarang lebih gemar melayari blog-blog untuk memperolehi maklumat selain medium konvensional seperti televisyen atau radio. Contoh laman web dakwah adalah seperti http://www.dakwahonline.com/ Justeru itulah, kita memerlukan lebih ramai bloggers untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat dan satu klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk tidak berdakwah! Ini adalah salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba moden dan di era globalisasi kini. New World Disorder memerlukan dakwah sebegini. Penggunaan telefon, sms, mesin faks, e-mail, tele-conference, video-conference, tv internet, dan lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah ini. Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah! Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak ke tak nak. Jangan tidak, tidak!!



Pada masa yang sama Golongan pendakwah juga harus sentiasa mengamalkan prinsip cakap serupa bikin. Mereka memikul amanah Allah SWT untuk sentiasa melaksanakan segala ajaran agama dalam diri sendiri sebelum menyuruh orang lain untuk melakukannya. Kealpaan pendakwah mempraktikkan prinsip itu bukan sahaja itu menyebabkan objektif dakwah tidak tercapai malah bakal mengundang kemurkaan Allah SWT yang berfirman, maksudnya; Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak kamu lakukan! Amat besar kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan. (Surah al-Saf ayat 2-3). Sementara itu, pendakwah tidak boleh berputus asa kerana yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hanyalah Allah SWT sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud; Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). Surah al-Qasas ayat 56).


P/S: HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING..YANG DINYALAKAN DI MALAM HARI..APABILA MINYAK SUDAH KERING IAKAN PASTI PADAM SENDIRI…BEGITULAH BAIT-BAIT LAGU YANG MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN SESEORANG DI MANA KITA SEBAGAI MANUSIA AKAN MATI JUGA SUATU HARI NANTI..MAKA SEBAGAI UMAT ISLAM KITA PERLULAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT DENGAN CARA MENERIMA DAKWAH YANG DISAMPAIKAN AGAR DAPAT DIMANFAATKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT..INSYAALAH…

No comments:

Post a Comment

Post a Comment