Thursday, August 27, 2009

KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN BELIA..

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971…DI MANA HAK MAHASISWA UNTUK BERSUARA??

Belia sebagai tunggak harapan negara mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian belia seharusnya mempunyai hak untuk bersuara dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan belia mahupun negara. Namun, belia negara pada masa ini dilihat sukar untuk menyuarakan pendapat mereka terutama sekali dalam hal politik. Mengapa hal ini terjadi??adakah mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam hal politik? Memang tidak dinafikan belia negara pada zaman sekarang telah lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka terutama sekali apabila wujudnya teknologi blog. Blog telah memainkan peranan dan memberikan impak yang begitu besar terhadap perjalanan politik negara pada masa kini. Belia lebih cenderung untuk meperolehi fakta dan maklumat berkaitan politik negara melalui blog. Mereka tidak lagi cenderung ke arah media konvensional sahaja untuk memperoleh maklumat. Akibat daripada itu, lihat saja pilihan raya ke 12 pada tahun 2008 yang lalu, telah terbukti blog memberi kesan terhadap polar peratusan undi yang memihak terhadap kerajaan telah jatuh dengan begitu teruk sehingga pihak pembangkang mampu menguasai lima buah negeri. Dapat kita lihat disini, sebenarnya ada satu perkara tersirat yang kita tidak sedar daripada apa yang berlaku. Apakah perkara tersebut? Jawapannya ialah hak bersuara. Pilihan raya yang lalu telah menjadi medan kepada pengundi khususnya belia dalam menyatakan perasaan mereka dengan jelas terhadap kerajaan. Dengan cara itu sahaja mereka dapat lakukan kerana seperti sedia maklum, negara kita kurang mempunyai medium untuk masyarakat bersuara. Jika segelintir pihak menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan, mereka dianggap menentang kerajaan dan jika di dapati bersalah, mereka boleh di tahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam hal ini, ia telah merebak ke dalam institut pengajian tinggi tempatan, di mana wujud satu akta yang tidak membenarkan pelajar-pelajar terlibat dalam aktiviti politik sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus. Akta tersebut di kenali sebagai Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971. Menurut sumber Wikipedia, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995. Dalam akta tersebut terdapat beberapa seksyen yang menyatakan secara jelas bahawa pelajar tidak dibenarkan bergiat dalam aktiviti politik. Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C jelas mengongkong pelajar untuk menyuarakan pendapat. Antarannya ialah penglibatan pelajar dalam parti politi dan kesatuan sekerja, penggabungan antara badan-badan pelajar. Untuk memperolehi senarai penuh Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 sila kunjungi lam web www.uthm.edu.my/v2/images/info/auku_1971.pdf . Dalam akta ini, jika pelajar didapati bersalah, mereka akan dikenankan hukuman yang berat seperti di gantung untuk meneruskan pengajian, dikenakan denda dan lebih berat lagi dijatuhi hukuman penjara. Perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana adjudicatory body termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang. Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti. Di sini dapat kita lihat, wujudnya kekangan yang begitu kuat terhadap pelajar.

Gang Siputsedoot2009 ingin mempersoalkan, adakah para siswa dan siswi yang cerdik pandai ini tidak boleh menyatakan pendapat mereka secara terbuka. Apa gunanya kita mempunyai bakal pemimpin namun tidak mampu menyuarakan pendapat mereka untuk dijadikan renungan pihak atasan?Ini bukan masanya kita bermain politik..tapi ada benar juga apa yang di rumuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim, jika di fikirkan secara kritis, beliau menyatakan sebenarnya kegagalan Institusi Pendidikan Tinggi melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan bebas akibat dari sekatan-sekatan yang wujud dari perlaksanaan AUKU ternyata membataskan perkembangan pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu kekangan yang sudah lama mengakar dari sudut perundangan kini sudah mula merubah menjadi sebagaimana yang dikatakan oleh Czeslaw Milosz “The Captive Mind”. AUKU telah menyebabkan pendidikan kita umpama kilang perusahaan yang menghasilkan robot atau jentera. Kebebasan berfikir secara kritis tidak dibenarkan kerana pemerintah gusar akan peranan para intelektual dan mahasiswa yang berupaya menjadi jurubicara rakyat. Budaya takut atau ‘culture of fear’ mula mencengkam masyarakat pelajar. Masing-masing memikirkan masa depan dan nasib sekiranya mereka malanggar AUKU. Budaya ini akhirnya menyebabkan mahasiswa terus takut untuk mencuba, menyoal, mengkritik dan mengemukakan idea serta gagasan baru ke dalam masyarakat. Ini ditambah dengan ancaman pelbagai undang-undang di luar kampus yang seakan sama sifatnya dengan AUKU telah digubal atau dipinda oleh pemerintah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan. Tekanan dan prejudis pihak pentadbir kepada pelajar yang agak kritikal turut meransang perasaan takut di kalangan mahasiswa. Tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana mereka sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka atau hilang upaya untuk melakukan sesuatu. Masyarakat lebih yakin kepada kumpulan lain seperti parti politik untuk menyelesaikan masalah mereka. Semua ini merupakan penghalang kepada mahasiswa untuk meningkatkan nilai keperibadian mereka.

DEMONSTRASI..DEMONSTRASI.. SATU CARA BELIA MENYUARAKAN PENDAPAT..
Seperti yang kita tahu banyak cara untuk belia menyuarakan pendapat mereka dengan adanya penggunaan teknologi yang semakin canggih di masa sekarang. Adakah anda tahu banyak kes-kes yang telah berlaku disebabkan tiadanya ruang portal untuk golongan belia atau pelajar untuk menyuarakan pendapat seperti contoh kes yang berlaku dimana 10 peratus tempat UITM yang ingin diperuntukkan kepada pelajar bukan Bumiputera yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendapat tentangan sehinggakan berlakunya demonstrasi disebabkan tiada tempat untuk menyuarakan pendapat.

Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU). Selain itu banyak juga demonstrasi lain yang berlaku antaranya Demonstrasi yang berlaku di Ibu Kota dimana orang ramai berarak untuk membubarkan Akta keselamatan dalam Negeri (ISA) telah menyebabkan kerugian dalam sektor perlancongan dan ekonomi Negara dan ini menunjukkan kelemahan kita kepada negara luar yang menunggu peluang untuk menghasut atau memsauki negra kita.

Bukanlah semua demonstrasi membawa keburukan kepada Negara ada juga beberapa demonstrasi yang digalakkan seperti demonstrasi memboikot barangan dari Israel dan Amerika dimanakan tujuan tersebut adalah untuk menghentikan peperangan di Negara Palestin dimana seluruh dunia juga melakukan demonstrasi memboikat bagi mengutuk tindakan Israel serta Amerika yang merupakan Negara besar hanya melihat masalah tersebut tanpa mengambil tindakan apa-apa.

Baru-baru ini, kita dapat lihat bahawa belia lebih gemar menyuarakan pendapat mereka dengan pelbagai cara dengan lebih agresif. Contohnya, ribuan pelajar UITM mengadakan demonstrasi jalanan beserta memorandom membantah saranan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberi koata 10% kemasukan kepada pelajar bukan bumiputra. Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Walaubagaimanapun, ia tetap menjadi isu bagi para pelajar dan pendidik dalam menangani masalah tersebut secara berhemah.


KELEBIHAN DAN KEBURUKAN DALAM BELIA UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT..

Manusia ialah makhluk yang diciptakan oleh Yang Maha Esa dengan penuh keistimewaan. Antara anugerah Nya yang paling berharga ialah akal. Melalui akal, manusia mampu berfikir dan melahirkan pendapat dan idea-idea yang sememangnya telah menjadi sifat yang selari dengan keperluan hidup. Namun, semua itu tiada gunanyajika hanya dipendam dan tidak diluahkan. Dalam kitab Al-Qur’an juga ada menyatakan “Janganlah kamu berdiam diri dari menegakkan keadilan” Seiring dengan naluri remaja yang sentiasa inginkan pembaharuan dan kemajuan media dijadikan sebagai medium penyebaran kehendak mereka. Namun terdapat keburukan dan kelebihan dalam belia menyuarakan pendapat mereka ini.

Diantara kelebihannya ialah para belia dapat berkongsi pendapat atau pandangan mereka menerusi media. Walaupun tidak mengenali sesama sendiri, walaupun berjauhan mereka masih dapat berkongsi untuk menyuarakan pendapat mereka ini. Asalkan tajuk atau isi perbualan mereka sama semuanya dikongsi tanpa batasan. Sebagai contoh, atas semangat memberi motivasi dan dorongan kepada masyarakat, dua organisasi berkesanggupan mengorak langkah menganjurkan ‘Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis’, konvensyen yang julung kali seumpamanya diadakan di Malaysia. Aman Palestin Bhd,sebuah badan yang tidak asing dalam isu Palestin di Malaysia, bergandingan tenaga bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),sebuah persatuan khusus untuk khalayak belia dan bercita-cita membina generasi belia melayu Muslim di Malaysia. Kesungguhan kedua-dua organisasi ini bukan calang-calang. Dewan Merdeka di PWTC, sebuah tempat berprestij yang telah menjadi saksi pelbagai acara gergasi di Malaysia, antara bukti kemahuan mereka menyampaikan mesej mereka. Ditambah lagi dengan tenaga kerja seramai hampir 500 orang dari seluruh Malaysia di kalangan sukarelawan dan ahli PEMBINA terutamanya ,ternyata, kedua-dua organisasi ini serius dan bukan sekadar berpropaganda. Selain dari itu dengan menyuarakan pendapat mereka melalui media kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu atau pendapat yang diperdebatkan. Ini sedikit sebanyak membuatkan pandangan atau kehendak mereka dapat direalisasikan jika ianya relevan dan wajar dipertimbangkan.

Keburukan belia dalam menyuarakan pendapat adalah mereka terlalu bebas untuk berkata-kata sehinggakan mereka menyindir sesetengah pihak terutamanya pihak kerajaan. seperti contoh kes Raja Petra yang menyiarkan dalam lama webnya artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell', yang didakwa mengaitkan Dato’ Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Seperti yang kita ketahui rakyat diberi hak kebebasan bersuara tetapi harus digunakan dengan berhati-hati serta tidak mengaitkan pihak-pihak yang tertentu. keburukan yang kita dapat lihat lagi adalah apabila rakyat atau belia bebas bersuara, seolah-olah Negara kita tiada pemerintah dan ini akan mencabar pihak berkuasa yang lain. kebebasan untuk menyuarakan pendapat adalah baik seperti contoh untuk memperbetulkan apa yang salah tetapi dari sudut pandangan lain, kebebasan bersuara memberi kesan yang negetif terhadap pihak kerajaan sekaligus masyarakat. bagi masyarakat terutamanya belia sekarang, kebebasan bersuara melalui medium perantaraan sekarang seperti blog dan sebagainya adalah salah satu alternative untuk menyalurkan fitnah serta mengaibkan sesetengah pihak. sebenarnya terdapat pelbagai medium dan perantara yang lain yang masyarakat khususnya belia boleh gunakan untuk menyuarakan pendapat atau ketidakpuasan hati mereka tentang sesuatu perkara bukan dengan cara ini!! bersihkan diri terdahulu, sebelum membersihkan diri orang lain. Didalam sebuah artikal Dr. Mohamad Khir Toyo mengatakan keadilan tidak akan tertegak dengan cara yang salah!! kebebasan bersuara sebenarnya banyak keburukannya. jadi pilihla medium yang sesuai untuk menyuarakan pendapat anda!! dan jangan jadikan teknologi sebagai medium menghemburkan fitnah yang dasyhat lagi durjana!!!!!

PERANAN KERAJAAN DALAM MENGGALAKKAN BELIA MENYUARAKAN PENDAPAT..

Kini, negara Malaysia makin maju dengan pelbagai teknologi yang muncul. Belia juga lebih cenderung menggunakan teknologi dalam semua bidang termasuk dalam menyuarakan pendapat mereka. Kita sedia maklum, belia merupakan aset negara yang penting dalam memastikan pencapaian wawasan 2020. Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan belia bersuara dan menyuarakan pendapat. Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai altenatif yang digunakan oleh kerajaan untuk memudahkan belia dalam memberikan pandangan dan pendapat, cadangan dan idea bagi memantapkan lagi perlaksanaan program-program yang telah dirancang oleh negara. Belia seharusnya menggunakan saluran yang disediakan untuk menyuarakan pendapat mereka dari pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Seharusnya belia lebih menyedari, dengan melibatkan diri dalam perhimpunan haram. Rusuhan adalah sesuatu yang salah dari segi undang-undang. Misalnya, 1malaysia.com telah dilancarkan oleh kerajaan dalam menggalakkan belia menyuarakan pendapat dan sekaligus mendapat maklumbalas daripada pihak kerajaan. Sebenarnya tanpa kita sedari, 1malaysia.com merupakan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan belia bersuara dalam pelbagai aspek. Selain itu, kerajaan juga perlu mengadakan hari bersama belia dimana kerajaan boleh mendengar dan berjumpa dengan belia-belia dalam mendengar pendapat dan secara tidak lansung kerajaan lebih dekat dengan belia. Dengan cara ini, belia akan menyuarakan pendapat mereka pada bila-bila masa tanpa rasa takut. Sebagai contoh yang boleh dipandang serius oleh kita semua, suatu ketika dahulu ‘warkah untuk PM’ di mana seorang pemimpin yang agak sibuk dengan tugasnya untuk mentabdir negara dan menyelesaikan permasalahan yang di dalam dan luar negara tetapi beliau telah menyediakan satu laman web untuk mendengar permasalahan yang timbul di kalangan rakyatnya. Melalui warkah ini kita dapat melihat kesungguhan pemimpin dalam mendengar suara rakyat. Jadi, melalui aktiviti separti ini akan lebih di manfaatkan dan lebih dihargai oleh rakyat khususnya.

No comments:

Post a Comment