Friday, September 4, 2009

CABARAN BELIA DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1 MALAYSIA

Setelah Dato Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan pada bulan 3 yang lalu, beliau telah melakukan banyak perubahan dasar negara yang drastik dari segi ekonomi dan dasar pentadbirannya. Antara dasar yang paling besar yang di perkenalkan oleh beliau ialah, Gagasan 1 MALAYSIA, “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”. Secara dasarnya gagasan ini mementingkan perpaduan antara kaum di negara ini. 1 MALAYSIA menghargai dan menghormati identiti setiap kaum dan dianggap sebagai asset. Identiti yang berbeza itu dianggap sebagai asset, dan asa utama konsep ini adalah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada 1 MALAYSIA. Oleh itu semua remaja perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepimpinan negara.

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya konsep 1 Malaysia “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancer.

HURAIAN 1 MALAYSIA
*1 Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
*1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada kepada negara.
* 1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
*Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
* Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenga dan kewangan serta mengenepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimipin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
* 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan
* Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

3 PRINSIP TERAS 1 MALAYSIA
1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

-PRINSIP PENERIMAAN
- PRINSIP KENEGARAAN
- PRINSIP KEADILAN SOSIAL


NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:

*Budaya kecemerlangan
*Ketabahan
*Rendah hati
*Penerimaan
*Kesetiaan
*Meritokrasi
*Pendidikan
*Integriti




CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DIKALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA.

Pepatah melayu ada menyebut bersatu teguh, bercerai roboh. Ia sudah cukup melambangkan kepentingan perpaduan di dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan slogan ‘1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada hari beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian rakyat Malaysia terutama golongan belia perlu menanam semangat perpaduan yang tinggi dalam diri mereka bagi menyemarakan lagi gagasan ‘1Malaysia’. Pelbagai cara boleh dipupuk bagi memastikan gagasan ‘1Malaysia’ ini difahami dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia. Misalnya, dalam konteks sosial, ia boleh didpupuk melalui gotong-royong yang diadakan oleh masyarakat setempat. Selain itu, belia juga boleh disatukan dengan cara menyertai aktiviti sukan yang disertai oleh pelbagai kaum dalam satu pasukan yang sama. Begitu jugalah apa yang perlu diamalkan oleh pelajar-pelajar terutamanya pelajar institut pengajian tinggi, dimana setiap kumpulan tugasan dianggotai oleh pelajar yang berbilang kaum dan jantina tanpa didominasi oleh sesuatu bangsa. Tanpa disedari, disitu bermula sebuah ikatan yang harmoni diantara kaum selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Konsep ‘1Malaysia’ boleh dijayakan lagi jika semua golongan belia bersatu. Golongan belia perlu sedar sebenarnya mereka mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pelapis dan pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka sepatutnya menjadi warganegara Malaysia yang mementingkan perpaduan dan menanam semangat cintakan negara. Mereka seharusnya bekerjasama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dalam menjadikan ‘1Malaysia’ menjadi realiti. Ada juga pepatah melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh yang demikian kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merialisasikan ‘1Malaysia’. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menyelarskan satu mata pelajaran yang berkaitan dengan perpaduan disekolah dan institut pengajian tinggi di mana matapelajaran mengajar mereka tentang kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Bermula dari sekolah, mereka boleh menghayati erti perpaduan. Selain itu, adakan kem untuk memupuk perpaduan antara kaun seperti kem PLKN di mana semua kaum akan di tempatkan dibawah satu bumbung dan dari situ mereka akan belajar untuk menghormati antara satu sama lain dan dari situ perpaduan dikalangan kaum dapat dipupuk secara sendirinya. Walau apa jua yang kita lakukan, kita jualah yang mencorakkannya... sebagai bangsa yang mempunyai peradaban dan mertabat yang tinggi maka eloklah kita teliti sehalus-halusnya perpaduan kaum yang ada.. jangan hanya berada dibawah satu bumbung(negara) tetapi hidup masing-masing. Pepatah dulu ada benarnya, ”bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” kata-kata ini seharusnya ”tak lekang dek panas, tak lentur dek hujan”... renungkan ke dalam diri kita semua....


HALANGAN-HALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA

Seperti kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia Kelima Dato Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan konsep 1Malaysia iaitu mengambil kira kepentingan dan aspirasi semua lapisan masyarakat dalam menggerakkan negara ke depan. Terdapat beberapa nilai-nilai utama daripada konsep 1Malaysia -- budaya kecemerlangan, meritokrasi, integriti dan kesetiaan dan ia adalah selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sebagai rakyat Malaysia banyak halangan yang dihadapi sebelum kita dapat menjayakan konsep tersebut buat masa sekarang.

Sebagai contoh ialah rakyat Malaysia sendiri dimana walaupun kita telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun tetapi tahap kesedaran atau semangat patriotik masyarakat kita masih ditahap rendah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan kerajaan. kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Selain itu masalah yang dihadapi penduduk luar bandar yang masih di diskriminasi oleh sesetengah pihak merupakan halangan untuk konsep tersebut berjaya. Sebagai contoh kita dapat lihat melalui aspek Agama di Sabah dimana ianya di dominasi oleh Agama Islam dan Kristian banyak memberi impak atau cabaran dilalui tidak mudah kerana kepelbagaian merumitkan usaha ke arah perpaduan dan kesatuan masyarakat. Selain itu masalah penggunaan bahasa yang baik masih lagi menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu di Sabah dikatakan agak rendah. Keadaan ini bukan dipengaruhi oleh sentimen kenegerian atau bersikap prejudis terhadap rakan Semenanjung tetapi masalah yang dihadapi ialah tongue twist atau lebih mudah ‘Slang’ yang dituturkan untuk bergaul. Selain itu, cabaran lain ialah antaranya dari segi sosio-budaya, ekonomi dan politik keseluruhannya. Dari segi politik, demokrasi semakin diperluaskan ruang hak bersuara seperti penggunaan blog secara meluas tanpa kekangan pihak berkuasa. Masyarakat dapat mengetahui dan menilai bagaimana pemimpin berbincang secara terbuka serta penyertaan rakyat dalam pembuatan keputusan. Dalam perspektif ekonomi, dasar liberalisasi ekonomi yang di bentuk bagi menangani krisis ekonomi dunia ketika ini perlulah seimbang bagi mengelak percanggahan kepentingan sesuatu kaum. Bagi sosial budaya, perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan mestilah berteraskan perpaduan bagi merapatkan jurang antara kaum yang ketika ini dilihat goyah akibat dimanipulasi oleh golongan yang berfikiran sempit bagi mencapai kepentingan diri semata-mata.


KEPENTINGAN KONSEP SATU MALAYSIA.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju da kita dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

KEPENTINGAN SATU MALAYSIA TERHADAP DIRI BELIA DAN MASYARAKAT.

Kepentingan yang kita dapat lihat didalam perlaksanaan konsep satu Malaysia adalah konsep dimana ianya menggalakkan perpaduan diantara kaum dan menggelakkan perbalahan sesama masyarakat. Selain itu mengikut persepsi lain, konsep ini dapat menggelakkan demonstrasi. Seperti yang kita ketahui, negara kita sedang rancak dengan pelbagai demonstrasi yang dilakukan seperti demonstrasi yang dijalankan oleh pelajar UITM (University Teknologi Mara Malaysia). selain itu, konsep satu Malaysia juga dapat mengelakkan ketidakpuasan hati dikalangan belia dan masyarakat. Seperti contoh perbalahan antara kaum dimana seperti yang kita tahu, kaum atau bangsa melayu mendapat keistimewaan yang banyak dan ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati diantara kaum dan bangsa lain. Jadi konsep satu Malaysia membawa maksud kesamarataan antara semua kaum di Malaysia. Jadi secara kesimpulannya, semua bangsa adalah sama.seperti lirik lagu satu Malaysia yang dinyanyikan oleh satu pelajar Lim Kok Wing Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat, kita satu nama satu nama, kita satu Malaysia.

No comments:

Post a Comment